21 April 2008 - Bekalan elektrik di Sabah terputus 3 jam, kira-kira jam 6.50 p.m sehingga jam 10.40 p.m. Ini menyebabkan hampir 90% atau lebih kawasan di seluruh Sabah tidak dapat menikmati kemudahan elektrik. saya sendiri pun merasa bosan sehinggakan handphone sahaja menjadi teman setia di hati dan juga bulan mengambang yang menyinari alam semesta ciptaan Allah.
Punca sebenar masih dalam siasatan namun sumber tidak rasmi mengatakan ianya berpunca dari menara 132kva (kilo volt) terpelanting/terputus dari Inanam, Sabah sehingga ke Karambunai, Sabah. Namun di Tawau paling awal mendapat bekalan tersebut berbanding di kawasan2 lain termasuk ibu kota kinabalu.
Saya sebagai seorang pelajar amat bersedih kerana tidak dapat mengulang kaji pelajaran memandangkn ujian dah nk dekat... (huahua)..namun kita sebagai orang islam harus tabah dalam semua dugaan, memang kita yakini bahawa setipa sesuatu itu ada hikmah yang tersembunyi... amin...
Bekalan Elektrik Di Sabah Terputus
Apr 21, 2008
If you enjoyed this site, make sure you subscribe to my regular Email Updates!
Posted by Admin
Tags Info