Akhirnya, Mahathir mengaku salah memecat AnwarAkhirnya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku salah memecat bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan segala jawatannya di dalam kerajaan dahulu.Berdasarkan keratan klip video di internet, kita boleh membuat beberapa tafsiran tentang hal jenayah bekas Perdana Menteri ke atas bekas TimbalanPerdana Menteri itu.
Pertamanya, sudah tentulah ucapan itu datangnya daripada keinsafan hatinya.Rasa insaf itu mungkin berikutan tekanan yang diterima oleh Dr Mahathir akibat terlalu pincangnya demokrasiselama ini.Mahathir marah benar terhadap Abdullah kerana suara beliau cuba ditenggelamkan, tidak dapat diapungkanke media."Semua orang nampakkan bagaimana saya lakukan ke atas Anwar? Saya tangkapdia dan saya letakkan dia dalam tahanan," kata Dr Mahathir sambil diiringi gelak ketawa hadirin.
Mereka ketawa kerana aksi Dr Mahathir menggawangkan tangannya ke udara seperti aksi menangkap seseorang lalu digenggam tangannya seraya mencampak sesuatu ke udara. Di situ pun khalayaksudah boleh tertawa dengan jenakabekas Perdana Menteri itu.Tetapi, entahlah ketawa itu untuksiapa dan atas tujuan apa? Mungkinmentertawakan diri sendiri, mentertawakan Mahathir atau sengaja untuk mengambil hati Mahathir?Wallahu 'alam …"Anwar tiada salah apa pun," kata MahathirLalu, beliau menyambung: "Padahal dia(Anwar) tidaklah bersalah walausedikit apa pun.
Tetapi, yalah pada ketika itu sukar untuk kawal keadaan."Mahathir mengaku bersalah menahan Anwar dalam penjara itu ketika diaberasa kesal ke atas Abdullah yang menggunakan polis bagi menahan orang-ramai sehingga terkuburnya suarak halayak untuk berucap. Barangkali, Dr Mahathir pun tahu dan dia dapat mendengar suara hati hadirin. Dia mesti tahu, akan adaorang yang berkata dalam suaramenyampah: "Eek, eleh… dulu pun Dr M buat macam tu juga!"Oleh kerana beliau menyedari kewujudan suara-suara sebegitu, maka mungkinlah sebab itu juga bekas PM itu dengancepat mengaku bersalah menghumbankan Anwar dalam.Pengakuan itu dengan cepat menyebabkan imejnya menjadi kembali suci. Hanya,beliau mengaku bersalah, tetapi berdasarkan keratan klip video itu,belum lagi beliau meminta maaf secara terbuka kepada Anwar.Mengaku salah dan meminta maaf adalah dua hal yang berbeza. Tetapi, Anwar pun telah memaafkan Mahathir sebelum itu lagi.
Saya buat pertama kalinya menonton klip video itu dalam yahoogroups SIM,tetapi hari ini (28Februari) 'link' 'url'nya telah pun dipadamkan. Tidak diketahui kenapakah ia ditarik keluar? Adakah ia dikeluarkan oleh 'cyber troopers'Umno?Maka, tidak dapat saya memeriksa kalau-kalau terbit kenyataan minta maaf DrMahathir ke atas Anwar. Sukar untuk dibuat pemeriksaan juga oleh kerana klip video itu disunting.
Dan, ada kemungkinan ucapan maaf itu telah tertanggal.Tetapi, untuk lebih bersikap bertanggungjawab, biar ditulis di sinibahawa, hasil daripada penelitian peribadi saya, tidak terlihat kalimat lafaz minta maaf tersebut melainkanhanya cuma pengakuan bersalahnya kerana mencederakan reputasi Anwar.Ertinya, terbatal segala tuduhan salahlaku yang dihumbankan ke atas bekas TPM selama ini. Pertama, Anwar telah di bersihkan melalui mahkamah.
Kedua,beliau telah dibersihkan melalui pengakuan kesilapan dan kesalahan Dr Mahathir sendiri.Mengaku salah sudah, minta maafnya bila?Apabila Dr Mahathir mengaku beliau terpaksa menipu ketika mengalami saat-saat sukar itu, ini mengingatkan saya kepada sebuah filem Bollywood bertajuk RAM lakonan Kamal Hasan dan Rani Mukherjee).
Di dalam pergelutan antara Muslim dan Hindu di India, Ram telah kehilangan kekasihnya lalu dia membawa diri kesebuah kota lain. Sebenarnya pergelutan antara dua agama yang menyebabkan kematian kekasihnya itu dicetuskan oleh seorang ahli politik India.
If you enjoyed this site, make sure you subscribe to my regular Email Updates!